Kita bermula perjalanan kita dengan melawati Castello Sforzesco, sebuah kubu yang telah digunakan oleh pelbagai pemerintah.
Setelah melawati kubu itu, kita seterusnya menjelajahi jalan-jalan kota Milan.
Pemandu pelancong Milan
Seterusnya, kita menuju ke katedral, Duomo di Milano.
Katedral itu sungguh cantik, dan saya rasa seperti hendak tinggal di situ selama-lamanya.
Selepas itu, kita makan tengahari. Kita dihidang 12 jenis pizza. Jelas, kita tidak dapat menghabiskan semuanya, lalu kita 'tar pao' makanan itu ke hotel. Setalah makan tengahari, kita menuju ke Scuola Leonardo da Vinci untuk melalui sebuah kursus pendek tentang bahasa Itali.
Q: Tu, come ti chiami?
A: Io mi chiamo Sarah.
Lui si chiama Kurt.
Lei si chiama Mariah.
Io sono Singaporese.
etc, etc.
Kita juga diberi pengenalan kepada bidang fesyen di Nuova Academia di Belle Arti.
Setelah itu, kita menaiki bas kita ke hotel pertama yang akan kita mengidap.