Saturday, April 28, 2007

Yusof Ishak

Keadaan Orang Melayu Pada Zaman Yusof

Orang Melayu tidak bermaju. Penjajah-penjajah Inggeris hendak melindungi negeri-negeri Melayu darpipada perubahan radikal yang sedang berlaku di semenanjung. Akibatnya, orang Melayu terperangkap dalam negeri mereka yang tradisional dan feudal itu. Mereka tidak dapat peluang-peluang dan kemodenan yang diberi kepada yang bukan-Melayu. Dalam sistem feudal itu, orang-orang yang berkenaan dengan raja menindas orang-orang biasa. Mereka sahaja yang dapat berpelajaran, dan orang-orang biasa hanya diajar membuat kerja-kerja ‘tradisional’ seperti menangkap ikan, mengerjakan tanah, etc.

Masyarakat Melayu pula merosot kerana tiada pemimpinan yang sesuai. Di kalangan bangsa lain, orang Melayu distereotaip sebagai malas dan berpuas hati.



Latar Belakang

Yusof bin Ishak berasal daripada Minangkabau. Orang Minangkabau dahulu amat melekat kepada adat mereka, yang dikatakan ‘tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas’. Mereka mempunyai ideal-ideal untuk masyarakat, seperti keadilan, keharmonian dan kesinambungan. Mereka juga menganggap bahawa perbincangan amat penting dalam mengambil tindakan ataupun usaha, bak kata, “bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat”. Orang Minangkabau pada amnya berjaya dalam hidup; ada banyak daripada mereka yang merupakan ilmiawan, pengusaha dan penulis yang cemerlang. Selain itu, merantau ke tempat-tempat lain adalah kebiasaan untuk orang-orang Minangkabau. Ini menunjukkan semangat mereka yang tidak takut mengembara untuk mencari rezeki.

Ayah Yusof, Ishak bin Ahmad, juga seorang pegawai kerajaan yang berjaya. Dia telah mendapat pendidikan Inggeris di sekolah King Edward VII di Taiping. Semasa dia bekerja di Singapura, dia mendapat beberapa promosi yang tinggi. Ini kerana sikapnya yang rajin membaiki diri dan mengelibatkan diri dalam kerja, dan jujur, lalu dia disukai orang-orang di pentadbiran kolonial British. Dia berazam untuk membina sebuah masyarakat Melayu yang moden: berpelajaran, jujur, berdisiplin, belas kasihan, dan mempunyai mobiliti dan kepaduan dalam politik. Nilai-nilainya diamalkan anak-anaknya, dan dia juga mengajar mereka berfikir dengan rasional untuk menimbang semua situasi.

Justeru, saya rasa Yusof telah lebih dibesarkan di Singapura, dengan kesedaran adat yang kuat, yang telah mendidiknya dalam ilmu kemanusiaan dan prinsip, dan juga nilai-nilai sosial seperti demokrasi sosial, keadilan ekonomi, mengambil berat tentang masyarakat dan kepentingannya ijmak dan keharmonian.



Kehidupan

Yusof telah menghadiri sekolah Victoria Bridge, dan seterusnya Institusi Raffles. Dia selalu mendapati tempat pertama di kelasnya, dan amat terlibat di dalam kegiatan luar darjah. Kecekapannya dalam pemimpinan dilihat apabila dia dijadikan ketua murid, dan juga pelajar yang pertama di NCC yang dinaikkan pangkat menjadi seorang pegawai. Dia juga amat atletik; dia suka bermain hoki, kriket dan polo air, bersenam dan bertinju. Dia juga mengarang majalah sekolahnya, ‘The Rafflesian’. Selain itu dia, sebagai pelajar Melayu yang seorang sahaja, juga dapat masuk Kelas Biasiswa Permaisuri.

Yusof dan adiknya telah meminta masuk Makhtab Melayu di Kuala Langsar, tetapi ditolak kerana ia hanya untuk yang berkenaan dengan raja sahaja. Ini menyebabkan Yusof lebih kuat berazam untuk menguling sistem feudal yang diamalkan oleh kerajaan Melayu pada masa itu.

Sebelum dia diundi menjadi presiden Singapura, dia bekerja sebagai wartawan. Pada mulanya, dia bekerja sebagai pengurus surat khabar Warta Malaya, tetapi selepas itu melanjutkan Utusan Melayu.



Sumbangannya

Namun, dia ingin melanjutkan sebuah surat khabar Melayu, yang lebih relevan kepada orang-orang miskin dan dapat melambangkan pendapat mereka, dan juga untuk membebaskan orang-orang miskin daripada cengkaman orang-orang atasan. Lalu dia pun melanjutkan Utusan Melayu. Langkah ini dibuat dengan amat susah. Yusof telah mahukan orang-orang Melayu sendiri yang menyumbang kepada kos menghasilkan Utusan Melayu. Walaupun surat khabar itu telah beberapa kali hampir berhenti bertugas, ia merupakan sebuah surat khabar yang di antara yang terbaik di kalangan surat khabar bebas.

Misi perbadi Yusof adalah untuk menyelamatkan rakyat daripada kemiskinan dan kemunduran, kejahilan dan prejudis. Justeru, dia meminta sokongan penuh orang-orang Melayu miskin dalam memulakan Utusan Melayu supaya mereka akan lebih terlibat dalam gerakan itu. Oleh kerana itu, dia bekerja dengan lebih keras supaya Utusan Melayu berjaya, untuk membalas usaha pertolongan orang-orang yang terlibat. Akhirnya, Utusan Melayu hingga dapat memimpin suatu gerakan nasionalis.

Sebagai presiden pula, Yusof amat mengambil berat tentang pengurusan pejabatnya. Selain itu, dia dengan isterinya, Puan Noor Aishah juga amat terlibat dalam perkhidmatan kepada masyarakat, pendidikan untuk belia dan kerja-kerja amal. Dia amat dihormati dan disayang oleh rakyat-rakyat Singapura pada masa itu.



Nilai-nilai Yang Harus Kita Mengamalkan

1. Kejujuran dan bekerja keras

Sedang Yusof bekerja sebagai pengarang Utusan Melayu, dia digambarkan oleh pekerja-pekerja bersamanya sebagai seorang ketua yang adil, bekerja keras dan jujur. Dia selalu membayar gaji pekerja-pekerjanya dengan tepat sekali. Walaupun pekerjaannya terutamanya menyunting tulisan-tulisan wartawan yang bekerja untuk Utusan Melayu, ada kalanya dia sendiri akan menulis artikel-artikel.

Bekerja keras amat penting dalam kehidupan kita. Ia merupakan dasar yang kukuh untuk kehidupan yang berjaya. Kejujuran pula akan membentukkan watak kita, dan juga akan memenangkan bagi kita keyakinan orang lain.

2. Berdisiplin dan penuh keazaman, dan pemikiran yang moden

Sikap penuh keazaman Yusof boleh dilihat dalam disiplinnya mengurus pembangunan masyarakat Melayu dan bertentangan dengan sistem feudal itu. Selain itu, dia juga berdisiplin dalam melanjutkan Utusan Melayu walaupun menghadapi banyak masalah dari segi kewangan dan politik. Pemikiran yang moden bermakna bahawa kita terbuka kepada perubahan yang positif, yang akan membaiki hidup kita.

Kita juga harus berdisiplin dan berazam kuat dalam apa-apa kerja yang kita lakukan. Ia menentukan tahap kerja dan juga berapa jauh kita dapat bermaju apabila dicabar dengan situasi-situasi yang menekankan. Di sampingnya, pemikiran yang moden akan membuka lebih jalan untuk kita mencapai kejayaan.

3. Mengambil berat tentang masyarakat, keharmonian, bekerjasama dan kesinambungan

Yusof tidak berpuas hati dengan keadaan orang Melayu pada masa itu, lalu bertindak untuk memimpin mereka dalam sebuah gerakan bermaju. Dia mengambil berat tentang kebaijkan orang Melayu walaupun dia sendiri menikmati kehidupan yang agak selesa. Dia juga menekankan kepentingan kaharmonian, sikap bekerjasama dan kesinambungan dalam masyarakat, terutama yang mempunyai beberapa kaum-kaum yang berlainan.

Kita haruslah rajin menolong satu sama lain. Jika kita semua berusaha menangani masalah-masalah masyarakat, kita semua jugalah yang akan berfaedah akibat kemajuan masyarakat setelah ia diperkukuhkan.

4. Kerapatan kepada adat
Yusof, walaupun sering bergaul dengan orang daripada kaum lain dan moden dalam pemikiran, tidak melupakan adatnya sendiri.

Walaupun kita harus terbuka kepada perubahan yang positif, kita tidak semestinya melupakan adat sendiri. Sebaliknya, kita harus mengekalkan lagi adat kita, kerana ia adalah identiti kita sendiri, dan kita tidak harus membiarkannya terhakis.


5. Kebingkasan
Kita harus meniru contoh Yusof. Walaupun dia menghadapi masalah-masalah kewangan dan mungkin kekurangan sokongan dalam rancangannya untuk melanjutkan Utusan Melayu, dia masih lekat kepada azamnya, dan mencuba lagi untuk meneruskan suratkhabar itu.

Kita juga harus mempunyai sifat kebingkasan. Ini supaya kita tidak akan terlalu tawar hati dengan kegagalan, tetapi akan mencuba lagi, dengan penuh keazaman, untuk mencapai cita-cita kita. Saya rasa sikap dan pemikiran yang positif adalah kunci kepada kejayaan.



Orang Melayu Pada Zaman Ini

Pada pendapat saya, orang Melayu pada zaman ini tentu lebih maju daripada dahulu, tetapi semakin kehilangan adat. Saya juga rasa mereka masih belum di datar yang sama dengan orang daripada kaum lain seperti India dengan Cina. Di sampingnya, mereka juga menghadapi masalah-masalah sosial seperti anak-anak tercicir dari sekolah, dan masalah dadah di kalangan remaja. Mungkin ini bukan kerana kalangan Melayu diketepikan dalam era kemodenan ini, tetapi mungkin kerana sikap mereka sendiri tidak mahu bangkit dan terus mengambil peluang yang sama hak mereka seperti orang lain. Mereka tidak semestinya kurang berkebolehan berbanding dengan orang daripada kaum lain. Tentulah ada yang cemerlang, dan juga yang boleh cemerlang jika mencuba. Ia berdasar pemikiran sendiri, sama ada atau tidak seorang hendak mendapatkan lebih daripada yang sudah ada.



Akhiran

Yusof Ishak telah memahukan orang-orang Melayu bekerja keras untuk membuat nama untuk sendiri, dan mencari tempat sendiri dalam masyarakat, kerana mempunyai potensi yang sama dengan orang daripada kaum lain. Saya rasa ia adalah nasihat yang baik, dan yang harus diikuti untuk kebaikan orang Melayu sendiri. Walaupun mungkin perihal Yusof dengan ramai orang Melayu agak berbeza, saya rasa nilai-nilainya sesuai untuk apa-apa sahaja keadaan hidup. Oleh kerana itu, saya rasa dia adalah seorang tokoh Melayu, yang harus diingat kerana telah menunjukkan bahawa orang Melayu boleh juga mencapai kejayaan yang tinggi.



Bibliografi

Chew, Melanie . A biography of President Yusof bin Ishak. Singapore: Singapore National Printers for Board of Commissioners of Currency, 1999.

Thursday, April 19, 2007

WIRA?

Hang Tuah, Hang Jebat

Ada orang yang menganggap mereka sebagai wira Melayu. Wajarkah?

Hang Tuah

- Antara pahlawan-pahlawan yang terbaik di Melaka, pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

- berkawan baik dengan Hang jebat

- telah difitnah, dan seterusnya dihukum mati oleh raja.

- bendahara tidak membunuhnya, tetapi telah menyembunyikannya di hutan.

- Hang Jebat marah kerana fikir dia sudah mati, lalu memberontak.

- Apabila raja dpt tahu bahawa Hang Tuah tidak mati, dia suruhnya pulang dan suruhnya membunuh Hang Jebat.

-telah membunuh Hang Jebat.

--> tidak setia kepada kawan. mungkin setia kepada raja, tetapi boleh juga kerana mementingkan diri sendiri. tidak harus dijadikan wira.

Hang Jebat

- amat setia kepada kawan

- menentang kezaliman raja

- membunuh rakyat2 yang tidak bersalah

-->oleh kerana dis telah membunuh rakyat2 yang tidak bersalah, saya rasa dia tidak harus diingati sebagai wira. mana boleh seorang pembunuh dijadikan wira???!

Saturday, April 14, 2007

Post via Email

Hi. Saya dapat pos ini melalui e-mel saya.
Sarah


Friday, April 13, 2007

Tentang 'Spam'

Artikel ini dipetik daripada lelaman Cyberita.
PENGHANTAR SPAM BOLEH DIHERET KE MAHKAMAH

Mesej perlu ada label jelas dan pengguna perlu diberi pilihan hentikan mesej serupa
oleh Azahar Mohd dan Chairul Fahmy Hussaini


SYARIKAT pemasaran dan individu yang menghantar e-mel sampah atau spam tanpa melabel mesej mereka dengan jelas boleh menghadapi tindakan undang-undang oleh pengguna.
Di bawah Rang Undang-undang Kawalan Spam yang diluluskan Parlimen semalam, syarikat pemasaran dan juga individu mesti melabel dengan jelas mesej mereka sebagai iklan.
Pengguna juga perlu diberi pilihan menghentikan menerima mesej serupa itu.
Jika syarikat pemasaran atau individu masih berdegil, pengguna boleh meng heret syarikat terbabit ke mahkamah bagi menuntut pampasan sebanyak $25 bagi setiap mesej, tidak melebihi $1 juta.
Sewaktu membentangkan Rang itu bagi bacaan kedua semalam, Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang, berkata Singapura boleh kerugian $23 juta dalam daya penghasilan setiap tahun.
'Sekiranya pengguna mengarahkan supaya mesej itu dihentikan, syarikat pemasaran mesti menghentikan mesej itu dalam tempoh 10 hari, dan jika tidak para pengguna boleh mengheret syarikat itu, mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan sebanyak $25 setiap mesej, tidak melebihi $1 juta,' ujarnya.
Dalam perdebatan semalam, beberapa Anggota Parlimen menyambut baik langkah pemerintah itu.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Encik Zainudin Nordin, berkata spam merupakan pembaziran kerana individu perlu meluangkan masa untuk menghantarnya ke tong sampah elektronik.
Namun, beberapa Anggota Parlimen yang menyertai perdebatan semalam turut mempersoalkan keberkesanan rang undang-undang itu kerana kebanyakan spam datang dari luar negara.
Cik Ho Geok Choo (GRC West Coast) berkata hampir 90 peratus spam datang dari luar negara, terutama dari Amerika Syarikat, dan meminta pemerintah bekerjasama dengan negara lain dalam menanganinya.
Cik Penny Low (GRC Pasir Ris-Punggol) pula berkata masalah spam memang sukar ditangani kerana Pengerusi Microsoft Corp, Encik Bill Gates, sendiri menerima 4 juta spam sehari.
Ketika menggulung perbahasan semalam, Dr Lee berkata rang undang-undang itu memang mempunyai kelemahannya, tetapi menegaskan ia mencerminkan hasrat pemerintah untuk menangani masalah itu di Singapura.
Menurutnya, pemerintah juga akan bekerjasama dengan negara lain untuk menanganinya.


Saya berasa agak hairan. Syarikat boleh diheret ke mahkamah jika menghantar 'spam' kerana ia merupakan pembaziran masa sseorang? Tidakkah ia sesuatu langkah yang cenderung kepada keterlaluan? Saya setuju bahawa spam adalah sesuatu yang memenuhkan sahaja 'inbox' kami, dan leceh lah untuk seseorang membuang mesej-mesej seperti ini yang tidak dimahu. Saya juga sedar bahawa masalah ini susah ditangani. Mungkin cara ini memanglah cara yang paling baik untuk menagani masalah ini. Bagaimanapun, saya masih berasa hairan!

Thursday, April 12, 2007

haha

*phew* pos sebelum ini: kali pertama saya menulis sebuah karangan bahasa melau yang lebih daripada 350 perkataan. HAHAHAHA.

Selain itu, saya rasa adat dan gaya hidup orang Minangkabau dahulu amat uh... 'interesting' (terlupa perkataannya dlm BM)

<3<3

oh, dan saya <3 lagu 'a touch of evil' oleh judas priest.

Tentang 'Blogging'

'Kegiatan menulis jurnal di alam maya atau 'blogging' lebih banyak mendatangkan keburukan.'

Saya tidak setuju dengan ayat tersebut. 'Blogging' memang kegiatan yang amat popular pada zaman ini. Kebanyakan orang yang mempunyai Internet juga mempunyai sebuah 'blog', atau jurnal di alam maya.

Kebanyakan 'blog' ini adalah jurnal peribadi di mana seorang individu mencatatkan apa yang berlaku dalam hidunya, dan juga untuk meluahkan perasaan. Apa yang ditulis itu lestari, tetapi boleh dibuang jika diinginkan. Oleh kerana itu, orang mencatatkan pengalaman-pengalaman mereka di 'blog', supaya tidak akan dilupai atau hilang kerana boleh dibaca pada masa depan.

Keburukan 'blog' adalah bahawa pengguna dapat mengawamkan tulisan-tulisannya supaya dapat dibaca sesiapa sahaja yang melawati lelamannya itu. Lagipun, kebanyakan 'blog' percuma, lalu senanglah untuk sesiapapun mendapatkan akaun. Masalahnya timbul apabila ada orang yang menulis perkara-perkara yang buruk tentang orang lain. Oleh kerana 'blog' itu berbentuk awam, khabar tentang orang itu akan tersebar dengan cepat, tidak kira jika ia betul ataupun tidak. Situasinya sama jika seseorang itu menulis tentang diri sendiri. Dalam jangka masa yang agak singkat, seorang boleh menjadi bahan ejekan atau kebencian orang ramai. Ini akan mencemari nama baik seseorang kerana gosip senang berputar ligat, dan kadangkala berubah menjadi lebih buruk.

Selain daripada menulis tentang keburukan seseorang, informasi peribadi dan rahsia-rahsia seseorang boleh diterbitkan di 'blog'. Misalnya, gambar seseorang dengan informasi seperti alamat ataupun nombor telefon boleh dipaparkan. Orang itu kemungkinan boleh diganggu oleh orang-orang yang tidak dikenali melalui telefon ataupun 'dilawat' di rumah sendiri. Informasi dan rahsia-rahsianya akan diketahui orang lain, dan ia akan berkesan ke atas aspek sosial dan mungkin menjejas pekerjaannya. Ini kerana nama baiknya akan tercemar dan akhirnya menyusahkan hidupnya sahaja. Perbuatan-perbuatan ini boleh dibuat secara nyata, ataupun dengan menggunakan identiti yang ringkas. Jika ia fakta palsu, susah untuk ditangkap orang yang melakukannya. Tetapi ada juga orang yang sengaja menulis perkara-perkara ini dengan menyatakan identiti mereka yang sebenar. Perlakuan begitu mengakibatkan perbalahan di antara kawan-kawan, ataupun pekerja-pekerja hingga lemah lah semangat seseorang dan merosotlah kualiti kerjanya. Dalam kes yang serius, ia boleh mengakibatkan kemurungan yang keterlaluan dan seterusnya kes bunuh diri.

Selain itu, komen-komen buruk tentang bengsa ataupun agama lain boleh juga mengakibatkan perbalahan. Ini kerana terdapat sesetengah orang yang akan mempercayai apa yang ditulis kerana tidak tahu perkara yang sebenar. Ini akan merosakkan keadaan yang harmoni di antara kaum-kaum bangsa dan agama lain. Di negara seperti Singapura, kesannya lebih buruk kerana kita mempunyai beberapa kaum yang tinggal dan bekerja bersama-sama di negara ini. Jika berlaku perbalahan antara kaum, ia akan menjejas ketenteraman dan menghalang kemajuan negara Singapura.

Bagaimanapun, yang tersebut tadi adalah kes yang amat serius dan keterlaluan. Kebanyakan orang sebenarnya tidak akan menulis perkara-perkara yang buruk tentang kaum lain kerana mungkin takut ditangkap atau tahu ia akan berkesan ke atasnya nanti. Selain itu, kebanyakan orang juga tidak akan menerbitkan rahsia-rahsia sendiri ataupun meluahkan perasaan dengan berkata yang bukan-bukan tentang seterunya. Ini kerana 'blog' juga ada fungsi yang membolehkan seseorang menyimpan penulisannya tanpa perlu diterbitkan. Selain itu, ada juga 'blog' yang hanya boleh dibaca orang tertentu sahaja atau yang mempunyai kata laluan yang tertentu. Kebanyakan orang tidak akan menerbitkan penulisan-penulisan yang keterlaluan itu kerana jika berlaku pergaduhan, dia sendiri akan terlibat, kerana alamat 'blog' seseorang pasti diketahui oleh rakan atau pekerja yang dikenalinya, dan lambat-laun pasti diketahui siapa yang menulis perkara-perkara yang negatif itu.

Selain itu, ramai orang sekarang tahu bahawa bukan semua penulisan di Internet boleh dipercayai, terutama sekali yang terdapat di dalam 'blog' kerana ia hanya pandangan dan perasaan seorang individu. Oleh kerana itu, saya rasa kegiatan 'blogging' dalam kenyataan tidak begitu buruk kerana ia juga ada kebaikannya seperti dapat menyimpan kenangan, berkomunikasi dengan orang lain di Internet dan juga berkenalan dengan kawan-kawan yang baru. 'Blogging' sesuatu yang tidak berbahaya jika setiap pengguna tahu akan bahaya penyalahgunaannya, dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang mendatangkan keburukan.