Friday, April 13, 2007

Tentang 'Spam'

Artikel ini dipetik daripada lelaman Cyberita.
PENGHANTAR SPAM BOLEH DIHERET KE MAHKAMAH

Mesej perlu ada label jelas dan pengguna perlu diberi pilihan hentikan mesej serupa
oleh Azahar Mohd dan Chairul Fahmy Hussaini


SYARIKAT pemasaran dan individu yang menghantar e-mel sampah atau spam tanpa melabel mesej mereka dengan jelas boleh menghadapi tindakan undang-undang oleh pengguna.
Di bawah Rang Undang-undang Kawalan Spam yang diluluskan Parlimen semalam, syarikat pemasaran dan juga individu mesti melabel dengan jelas mesej mereka sebagai iklan.
Pengguna juga perlu diberi pilihan menghentikan menerima mesej serupa itu.
Jika syarikat pemasaran atau individu masih berdegil, pengguna boleh meng heret syarikat terbabit ke mahkamah bagi menuntut pampasan sebanyak $25 bagi setiap mesej, tidak melebihi $1 juta.
Sewaktu membentangkan Rang itu bagi bacaan kedua semalam, Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Lee Boon Yang, berkata Singapura boleh kerugian $23 juta dalam daya penghasilan setiap tahun.
'Sekiranya pengguna mengarahkan supaya mesej itu dihentikan, syarikat pemasaran mesti menghentikan mesej itu dalam tempoh 10 hari, dan jika tidak para pengguna boleh mengheret syarikat itu, mengambil tindakan undang-undang dan menuntut pampasan sebanyak $25 setiap mesej, tidak melebihi $1 juta,' ujarnya.
Dalam perdebatan semalam, beberapa Anggota Parlimen menyambut baik langkah pemerintah itu.
Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Encik Zainudin Nordin, berkata spam merupakan pembaziran kerana individu perlu meluangkan masa untuk menghantarnya ke tong sampah elektronik.
Namun, beberapa Anggota Parlimen yang menyertai perdebatan semalam turut mempersoalkan keberkesanan rang undang-undang itu kerana kebanyakan spam datang dari luar negara.
Cik Ho Geok Choo (GRC West Coast) berkata hampir 90 peratus spam datang dari luar negara, terutama dari Amerika Syarikat, dan meminta pemerintah bekerjasama dengan negara lain dalam menanganinya.
Cik Penny Low (GRC Pasir Ris-Punggol) pula berkata masalah spam memang sukar ditangani kerana Pengerusi Microsoft Corp, Encik Bill Gates, sendiri menerima 4 juta spam sehari.
Ketika menggulung perbahasan semalam, Dr Lee berkata rang undang-undang itu memang mempunyai kelemahannya, tetapi menegaskan ia mencerminkan hasrat pemerintah untuk menangani masalah itu di Singapura.
Menurutnya, pemerintah juga akan bekerjasama dengan negara lain untuk menanganinya.


Saya berasa agak hairan. Syarikat boleh diheret ke mahkamah jika menghantar 'spam' kerana ia merupakan pembaziran masa sseorang? Tidakkah ia sesuatu langkah yang cenderung kepada keterlaluan? Saya setuju bahawa spam adalah sesuatu yang memenuhkan sahaja 'inbox' kami, dan leceh lah untuk seseorang membuang mesej-mesej seperti ini yang tidak dimahu. Saya juga sedar bahawa masalah ini susah ditangani. Mungkin cara ini memanglah cara yang paling baik untuk menagani masalah ini. Bagaimanapun, saya masih berasa hairan!

No comments: